Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan operasi pemeriksaan terhadap para pelajar di semua kelas. Operasi bertujuan untuk memastikan para pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
Tuan Pengetua baru saja sebentar tadi melancarkan suatu program yang dinamakan Hari Esok Satu Penantian bertempat di Dataran Ilmu. Antara objektif prgram ini ialah untuk mengajak para pelajar supaya sentiasa bersiap sedia, tidak membiarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang usaha, merancang perjalanan masa dan melatih pelajar supaya mempunyai matlamat dalam kehidupan. Majlis dihadiri oleh semua pelajar dan guru.
Program Sembelihan yang diadakan pada 9 mei baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama kepada para "penyembelih". Sebanyak 70 ekor ayam berjaya dikorbankan dalam beberapa jam. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan ibubapa serta guru. Program yang julung-julung kali diadakan itu mendapat tajaan sepenuhnya diripada PIBG.
Pertandingan Kuiz SYAHADAH berjaya dilangsungkan di Dataran Ilmu pada 7 april. Program yang diadakan pada sebelah petang itu menampilkan 12 pasukan yang terdiri dari pelbagai kelas. Soalan dibahagikan kepada ejaan kalimah arab, ilmu tafsir hadith tauhid feqah dan pengetahuan am. Johan pertandingan dimenangi oleh kumpulan Wan Syahmin. Tahniah!
Panitia Tafsir/Hadith dan Tauhid/Feqah di bawah Bidang Keagamaan bergabung tenaga menjayakan program Syahadah. Program bermula 28 April dan berakhir 8 Mei. Ia bertujuan memantapkan lagi pembelajaran dalam mata pelajaran tersebut. Berbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah pertandingan kuiz, peraduan teka silangkata, pertandingan poster dan khat.
Peperiksaan khas untuk pelajang tingkatan 3 yang lebih dikenali sebagai Gerak Gempur berlangsung pada 27-30 April 2009. Ini adalah siri kedua daripada 4 siri.
Diadakan pada hari jumaat lepas bagi mengisi slot mentor mentee. Panel dibarisi oleh Ust Kashful selaku moderator, Ust Wan Ubaidillah dan Ust Syukri. Forum ini mengupas tentang tannggungjawab pelajar.
Biro Kebajikan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan dan Keselamatan Di Sekolah (OSH in School) pada 21 April, jam 3.00-4.00 petang bertempat di Dewan Masoba. Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Nurani binti Hassan dari NIOSH, Bangi. Antara yang hadir memeriahkan program ialah Ketua Biro Kebajikan, En Wan Mahmud, Ust Syukri selaku Pengarah Program, GPK 2, Cikgu Nurrizah dan para guru.
Pelbagai aktiviti meanrik dan bermanfaat diadakan sempena program Suka-suka Aspura baru-baru ini. Program yang diadakan di Asrama Zelan pada hujung minggu itu bertujuan merehatkan minda setelah bertungkus lumus di dalam mengulangkaji pelajaran.
Tuan Pengetua "menimbang bola" semasa majlis perasmian sambil diperhatian Cikgu Halim.
Kelab Bolasepak berjaya menganjurkan pertandingan tersebut yang dilangsungkan di Dataran Ilmu. Ia julung-julung kali diadakan dan dikendalikan oleh Cikgu Halim dan En Redzuan Kamar.
Alhamdulillah, pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan "Bersama Kita Hapuskan DENGGI" pada 3.00 petang, 7 April baru-baru ini. Ceramah yang diadakan di Dewan MaSOBA itu telah disampaikan oleh MA En. Azmi bin Mohamad , wakil dari Jabatan Kesihatan Awam DBKL.
Pihak sekolah melalui Panitia PI telah mengadakan taklimat perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah khusus untuk subjek Pendidikan Islam PMR pada sebelah petang hari Jumaat baru-baru ini.Taklimat yang disampaikan oleh Puan Farida iaitu wakil JPWP/LPM itu diadakan di Bilik Komputer dan berakhir hampir jam 6.00 petang.Hampir semua guru PI hadir dalam taklimat tersebut.
Pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan program motivasi Saya Boleh Berubah pada 28 Mac ini (Sabtu) bertempat di Dewan MaSOBA. Program yang diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 3 ini akan bemula jam 8.00 pagi dan tamat 5.00 petang. Program ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan.
Keputusannya adalah seperti berikut: 48% menjawab YA. 28% TIDAK 24% TIDAK KISAH!
Dengan keputusan undian tersebut dan atas beberapa sebab yang lain, maka dengan ini, bermula saat ini pengunjung yang ingin memberikan komen WAJIB berdaftar. Sekian. Lihat soalan undian terbaru.
Pihak sekolah melancarkan program Gerak Gempur PMR bermula hari esok 24 hingga 27 Mac. Para pelajar tingkatan tiga akan menduduki peperiksaan yang dirangka khas bagi menilai pencapaian mereka dalam berhadapan dengan PMR yang sebenar.
Laman ini diuruskendali oleh PIBG SMAMAIWP dengan kerjasama SMA MAIWP. Sebarang berita, artikel, komen dsb. yang tersiar di laman ini tidak semestinya menggambarkan pandangan rasmi PIBG dan SMA. Sebarang petikan daripada laman ini hendaklah dengan kebenaran pentadbir laman ini.
Adakah anda setuju diadakan kelas tuisyen dan tambahan seperti sekarang? (4 kali seminggu termasuk hari Sabtu)
Majlis Perjumpaan Ibubapa & MAIWP
Adakah anda rasa waktu pembelajaran sekarang(7.30 pg - 2.00 ptg) memadai?
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
OBJEKTIF SMA MAIWP
1-Memberi peluang lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat menengah. 2-Menampung permintaan masyarakat islam yang berminat menghantar anak-anak yang keputusan cemerlang dalam UPSR ke sekolah aliran agama. 3-Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
VISI SMA MAIWP
Menjadikan SMA MAIWP sebagai sebuat Institusi Pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Hadhari dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan syakhsiah selaras dengan pendidikan Negara.
MISI SMA MAIWP
SMA MAIWP berusaha memberi pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-1- Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar Islam di Wilayah Persekutuan. 2- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pendidikan Negara. 3- Menyedia pasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat. 4- Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana refomasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan ahli agama, ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan Negara.
TARIKH PENUBUHAN
Ditubuhkan melalui mesyuarat MAIWP kali yang ke 94 pada 27 Oktober 2005. Mula beroperasi pada 22hb Januari 2007.