Thursday, October 31, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU 2014

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH MENENGAH AGAMA, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (SMA MAIWP) 2014.
Dapatkan borangnya di sini http://www.jawi.gov.my/borangsmamaiwp.pdf

Monday, January 23, 2012

Kelab baru ditubuhkan..KPJ


Antara peminat KPJ

Ketua Penasihat mengendalikan pemilihan AJK


Akhirnya terbentuknya tonggak KPJ

Sunday, January 22, 2012

Jamuan Kesyukuran PMR 2011

Halwa telinga



Khyusuk mendengar ucapan

Ucapan Pengetua

20 Jan 2012 -Satu majlis Jamuan Kesyukuran atas kejayaan dalam PMR 2011 diadakan secara sederhana bertempat di Makmal Bahasa. Majlis yang bermula jam 11 pagi itu dihadiri oleh hampir kesemua guru dan kakitangan sekolah. Beberapa ucapan dan persembahan ringkas diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sunday, January 8, 2012

Ko Ku 2012 bermula

Pemilihan AJK baru
Gambar: Perjumpaan KRS

Tanpa berlengah, aktiviti ko kuriklum telah bermula dengan perjumpaan pertama unit-unit badan beruniform pada hari pertama persekolahan (rabu, 4 jan). Perubahan ketara bagi tahun ini ialah pemisahan jantina dalam badan-badan tersebut.

Sijil Penghargaan PMR 2011





SMA MAIWP telah menerima beberapa penghargaan ekoran kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.
Lihatlah sendiri sijil-sijil yang diterima.

Saturday, December 24, 2011

Wednesday, December 30, 2009

Peralihan bermula..

Pada 10 Ogos yang lalu, saya telah mengumumkan akan mengundur diri dari mengendalikan blog ini dan blog PIBG. Ia disebabkan proses peralihan biasa yang berlaku dalam kepimpinan PIBG. Namun disebabkan beberapa masalah, peralihan itu tidak berjalan lancar. Saya masih lagi mengepos beberapa catatan ke blog-blog ini. Hari ini, saya terserempak dengan Pencatat II dan beliau bersetuju untuk mengambilalih blog2 ini. Saya yakin blog-blog ini akan lebih sentiasa dikemaskini berita dan gambar2nya. Selamat maju jaya!

gotong royong

gotong royong Guru-guru

Thursday, December 24, 2009

Fakta Keputusan PMR 2009

Pelajar SMA MAIWP turut menyumbang kepada peningkatan pencapaian PMR di Malaysia pada tahun ini walaupun baru setahun jagung. Alhamdulillah.
Maklumat lanjut, lihat di sini.

Keputusan PMR 2009

Alhamdulillah...
Semua calon PMR 2009 seramai 172 orang lulus 100 % dalam semua subjek.
43 orang mendapat 9A. 43 orang juga mendapat 8A.
Tahniah!

Tuesday, November 17, 2009

Perhimpunan Mingguan Terakhir 2009

Hari ini adalah hari perhimpunan mingguan sekolah terakhir bagi tahun ini. Jika himpunan mingguan biasa berlangsung selama satu jam maka himpunan kali ini memakan masa lebih daripada 2 jam. Kesempatan akhir ini diisi dengan acara penyampaian hadiah bagi pelbagai acara.

Perkhemahan Badan Beruniform

Sebanyak enam pasukan beruniform sekolah terlibat dalam perkhemahan yang diadakan di sebuah kem di Lembah Genting bermula hari ini. Program yang diuruskan oleh Ust Mohd Syukri itu disertai seramai 120 orang pelajar dan beberapa guru pengiring. Mereka akan berada di sana selama 2 hari.
Semoga selamat!

Tuesday, November 10, 2009

KESUMA

Latihan sedang giat berlangsung dan esok pertembungan bakal bermula antara rumah-rumah sukan, merah, biru, hijau dan kuning. Latihan dan pertandingan dijalankan di SMA, IPT dan KS.

Hari Keusahawanan

Program Hari Keusahawanan dan Hari Keluarga PIBG SMA MAIWP yang berlangsung pada 7 Nov baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari ibubapa. Program yang julung-julung kali diadakan itu diisi dengan gerai jualan, pameran, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan sebagainya. Program yang antara lain bertujuan untuk melahirkan semangat keusahawanan itu dilihat berjaya melahirkan 'usahawan-usahawanita muda yang luar biasa'.

Salam Aidil Fitri

Majlis Sambutan Aidil Fitri sekolah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ramai yang datang. Tak cukup tempat dan tak cukup tangan. Lihat di sini