Wednesday, December 30, 2009

Peralihan bermula..

Pada 10 Ogos yang lalu, saya telah mengumumkan akan mengundur diri dari mengendalikan blog ini dan blog PIBG. Ia disebabkan proses peralihan biasa yang berlaku dalam kepimpinan PIBG. Namun disebabkan beberapa masalah, peralihan itu tidak berjalan lancar. Saya masih lagi mengepos beberapa catatan ke blog-blog ini. Hari ini, saya terserempak dengan Pencatat II dan beliau bersetuju untuk mengambilalih blog2 ini. Saya yakin blog-blog ini akan lebih sentiasa dikemaskini berita dan gambar2nya. Selamat maju jaya!

gotong royong

gotong royong Guru-guru

Thursday, December 24, 2009

Fakta Keputusan PMR 2009

Pelajar SMA MAIWP turut menyumbang kepada peningkatan pencapaian PMR di Malaysia pada tahun ini walaupun baru setahun jagung. Alhamdulillah.
Maklumat lanjut, lihat di sini.

Keputusan PMR 2009

Alhamdulillah...
Semua calon PMR 2009 seramai 172 orang lulus 100 % dalam semua subjek.
43 orang mendapat 9A. 43 orang juga mendapat 8A.
Tahniah!

Tuesday, November 17, 2009

Perhimpunan Mingguan Terakhir 2009

Hari ini adalah hari perhimpunan mingguan sekolah terakhir bagi tahun ini. Jika himpunan mingguan biasa berlangsung selama satu jam maka himpunan kali ini memakan masa lebih daripada 2 jam. Kesempatan akhir ini diisi dengan acara penyampaian hadiah bagi pelbagai acara.

Perkhemahan Badan Beruniform

Sebanyak enam pasukan beruniform sekolah terlibat dalam perkhemahan yang diadakan di sebuah kem di Lembah Genting bermula hari ini. Program yang diuruskan oleh Ust Mohd Syukri itu disertai seramai 120 orang pelajar dan beberapa guru pengiring. Mereka akan berada di sana selama 2 hari.
Semoga selamat!

Tuesday, November 10, 2009

KESUMA

Latihan sedang giat berlangsung dan esok pertembungan bakal bermula antara rumah-rumah sukan, merah, biru, hijau dan kuning. Latihan dan pertandingan dijalankan di SMA, IPT dan KS.

Hari Keusahawanan

Program Hari Keusahawanan dan Hari Keluarga PIBG SMA MAIWP yang berlangsung pada 7 Nov baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari ibubapa. Program yang julung-julung kali diadakan itu diisi dengan gerai jualan, pameran, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan sebagainya. Program yang antara lain bertujuan untuk melahirkan semangat keusahawanan itu dilihat berjaya melahirkan 'usahawan-usahawanita muda yang luar biasa'.

Salam Aidil Fitri

Majlis Sambutan Aidil Fitri sekolah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ramai yang datang. Tak cukup tempat dan tak cukup tangan. Lihat di sini

Saturday, October 17, 2009

Majlis Sambutan Eidul Fitri

Pihak sekolah dengan kerjasama penuh PIBG akan mengadakan Majlis Sambutan Eidul Fitri pada 17 okt 2009.

Thursday, September 17, 2009

Halatuju Pelajar

PESANAN daripada UBK kepada PELAJAR

Para pelajar ting 3 diminta berbincang dengan ibubapa masing-masing bagi menentukan hala tuju selepas PMR. Ia penting kerana sebahagian pihak telah membuka tawaran untuk memasuki institusi mereka. Lihat/klik di sini
Pelajar juga sewajibnya berbincang dengan mereka yang lebih arif. Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah bersedia memberikan panduan dan bantuan yang sekadarnya.
Salam Ramadhan!

Program Ihya' Ramadhan

majlis iftor jama'ie

majlis tilawah

majlis hafazan
kredit kpd cikgu aisyah atas sumbangan foto.

Monday, August 10, 2009

Pengumuman / إعلان هام

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mulai hari ini, saya menyerahkan urusan berkaitan blog smamaiwp.blogspot.com dan pibgsmamaiwp.blogspot.com kepada admin yang baru. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan, komen, coretan, dsb. daripada pengunjung sepanjang mengendalikan blog-blog ini. Saya juga memohon maaf jika terdapat tulisan dan komen yang menimbulkan kegusaran dan ketidaktenteraman kepada mana-mana pihak. Saya berharap wadah ini akan semakin subur. Sekian, wassalam.
- Pencatat @ abutalhah1

Tuesday, August 4, 2009

PESANAN PENTING

4 Ogos - Pihak pentadbiran sekolah melalui GPK2 menasihatkan para pelajar yang akan datang ke asrama pada petang ini agar membawa dan memakai penutup mulut dan hidung/topeng masing-masing. Beliau juga menasihati pelajar yang masih demam atau tidak sihat supaya terus bercuti (tidak datang ke sekolah/asrama). Pembelajaran akan berjalan seperti biasa bermula esok.

sila hebahkan makluman ini.

Setelah Pelajar, Guru Pula Mangsa H1N1

Malaysiakini melaporkan :

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru dari Kuala Selangor. Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.
baca di sini dan sini

Moga guru dan pelajar kita selamat dari ujian Allah ini.

Tuesday, July 28, 2009

Sekolah Ditutup!

28 Jul- Pihak pentadbiran sekolah memutuskan untuk menghentikan operasi persekolahan selama 7 hari bermula 28 hb sehingga 4 ogos ini. Demikian diumumkan oleh GPK HEM dalam perhimpunan khas sebentar tadi (1.00 tengahari). Ia berikutan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan WPKL setelah ramai pelajar mengalami simptom-simptom penyakit seperti demam, batuk, selsema, muntah dan sebagainya. Para pelajar dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini. Sehingga kini, tiada virus H1N1 dikesan.
.
Untuk rekod, ramai pelajar mengalami cirit birit pada minggu lepas.

Pesanan khas (bertahap jingga) dr c.izah: mohon kerjasama ibubapa memastikan anak-anak baca buku di rumah.

Friday, July 24, 2009

"Budaya Last Minute Budaya Firaun"

"Budaya last minute budaya Firaun", demikian kata Ust Wan dalam kuliahnya di Aspura baru-baru ini. Beliau merujuk kepada kisah Fira'un yang hanya pada saat-saat akhir baru mengakui dirinya beriman dan muslim sepertimana tercatat dalam surah Yunus:91-92. Beliau mengingatkan para pelajar agar menjauhi budaya tersebut kerana ia akan membawa kepada penyesalan yang berpanjangan.

Wednesday, July 22, 2009

UBK: Makanan yang membina otak

1. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran (kalau boleh yang segar)
.
2. Pastikan anda mendapat protein yang cukup contohnya telur, ikan, daging dan ayam (yang duduk di asrama tak jadi masalah)
.
3. Makan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, air soya dan tempe kerana kajian menunjukkan ia mempunyai pytoenzime yang membina otak.
.
4. Amalkan memakan ulam-ulaman kerana ia kaya dengan khasiat. Pegaga contohnya didapati boleh merangsang otak serta daya ingatan.
.
5. Vitamin yang mencukupi. Makan sebutir multi vitamin sehari. Kajian menunjukkan pelajar yang makan sebutir vitamin setiap hari, 2 kali ganda lebih cekap daripada pelajar yang tidak memakannya.
.
6. Amalkan minum air yang dimasak atau air bersih yang disuling (ada yang kata tak bagus air suling). Mulakan setiap hari dengan meminum satu gelas besar air masak selepas subuh untuk membersihkan sistem dalaman anda.
.
Sumber: Rahsia Kecemerlangan Peperiksaan, Dr. Abdul Aziz azimullah, h.2

Saturday, July 18, 2009

Balik Bermalam & Cuti Peristiwa

Semua pelajar dibenarkan pulang bermula petang tadi sempena cuti peristiwa pada Isnin ini. Cuti tersebut sempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.

4 Program Serentak

16 Julai - Jawatankuasa Asrama berjaya mengadakan empat program serentak iaitu Majlis Khatam al-Quran, Iftar Jama'ie, Forum Ehwal Islam dan Pelancaran Kempen Biah Solehah. Program yang melibatkan semua pelajar ini diadakan di Dataran Kompleks Asrama Taman Melati (Lelaki).
Majlis yang bermula jam 6.30 petang itu dimulakan dengan Khatam al-Quran, disusuli Iftar, Forum dan Kempen Biah Solehah.
Forum yang bertajuk Kecemerlangan Akhlaq pada malam tersebut dibarisi oleh Tuan Haji Shahidin, Ustaz Wan Ubaidillah, Ustaz Husni dan Ustaz Kashful.
Program tersebut berakhir jam 10.30 malam setelah dihidangkan dengan beberapa buah alunan nasyid oleh pihak tuan rumah.
-

Tahniah kepada pemenang SYAHADAH

Senarai Pemenang.

Pertandingan Kuiz
Tempat Pertama.
1. WAN SYAHMIN
2. MOHD FIKRI JOHAN
3. FAIZ AIMAN FADIAL ADZIM

Tempat Kedua
1. MOHAMAD AZHAR M SULAIMAN
2. MUHAMAD ALIFF SUID
3. BADRUL AMIN BADRIN

Tempat Ketiga
1. MUHD HANIF
2. HARIZ AMIRUL
3. MIOR SHAHID

Peraduan Silangkata
1. Tiada
2. AHMAD AMIRUL RASHID B ROSLAN &
AHMAD AHNAF B KASYFUN NAZIR

Saguhati
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pertandingan Khat
1.
2.
3.

Saguhati
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pertandingan Poster Tokoh/Kitab
Tempat Pertama
1. NURUL NADIAH BT JAMIL

Tempat Kedua
1 WAN SYAHMIN
2 FAKHRI FADHIL
3 FIKRI JOHAN
4 MIOR AHMAD FITRI
5 ZAHIDUL KHAIR
6. AMNI
7 LUQMAN HAKIM
8 SAIFUL AMRI

Tempat Ketiga
1 MOHD NAUFAL
2 AHMAD AHNAF
3 ARIF HASBULLAH
4 IZZAT RAZI
5 FAIZ ABI BADRON

Tahniah dan Syabas!

Senarai lengkap akan dimasukkan kemudian.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan 2012

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sekejap tadi mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah.
-
baca di sini dan sini.

Sunday, July 5, 2009

Menang & Tewas

3 Julai - Pasukan bola jaring sekolah berjaya menewaskan pasukan SMAKL dalam perlawanan yang berlangsung pada petang 3 julai bertempat di padang SMAKL. Manakala pasukan bolasepak pula mengalami kejutan apabila kalah dalam percubaan sulungnya.

Hari Laporan Prestasi & Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan PMR

4 Julai - Hari Penyerahan Laporan Prestasi Pelajar dan Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan PMR berlangsung dengan jayanya. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg Dato' Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI.

Thursday, July 2, 2009

Kehilangan Lagi

30 Jun - Guru dan kakitangan sekolah mengadakan majlis perpisahan ringkas sempena perletakan jawatan ustazah Madihah yang berkuatkuasa 1 julai. Beliau akan bertugas di tempat yang lain.

Monday, June 29, 2009

Gerak Gempur 3

Bermula hari ini, pelajar Tingkatan 3 sekali lagi menduduki ujian khas PMR yang dinamakan Gerak Gempur. Semoga berjaya!

Saturday, June 27, 2009

Program Bahasa

Salah satu acara Pantun

Tuan Pengetua merasmikan program

Pengarah program menyampaikan ucapan aluan.

27 Jun - Pihak sekolah berjaya melaksanakan Program Bahasa dengan sederhana dan meriah pada sebelah pagi tadi. Program yang diketuai oleh Cikgu Noorsuriati itu memuatkan aktiviti-aktiviti seperti bahas, pantun, drama, syair dan sebagainya.
.

Thursday, June 25, 2009

Sambutan Hari Guru meriah

Kad ucapan gergasi
Sebahagian hadiah yang masih tersadai kerana dah tak muat bonet..

Tullab Ting 2

Persembahan pelajar Ting. 1

Persembahan khas sebelum masuk dewan

25 Jun - Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Sambutan Hari Guru yang berlangsung pada sebelah pagi tadi.
Berita lanjut dan gambar ...tunggulah.

H1N1: Sekolah dinasihat tutup aircond

Berikutan serangan viris H1N1 semakin galak, Menteri Kesihatan akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar sekolah-sekolah terutamanya di Lembah Klang agar tidak menggunakan penyaman udara dalam bilik darjah sebaliknya membuka tingkap dan pintu bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik sebagai langkah mengawal penyebaran virus.
Berita lanjut di sini.
.
Fakta:
Hingga kini 91 kes (77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan)
.
Cikgu Izah - tolong announce.

Sunday, June 21, 2009

H1N1 Menyerang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.
Semua pihak diminta berjaga-jaga dengan penularan wabak ini yang sudah menjangkau sebanyak 50 orang sehingga kini.
Berita lanjut di sini.

MAT PIBG

PIBG berjaya mengadakan mesyuarat agungnya pada hari Sabtu, 20 Jun (semalam). Mesyuarat kali ini telah memilih Jawatankuasanya yang baru. Tahniah kepada AJK yang baru dan lama!
.
InsyaAllah, gambar dan senarai AJK baru akan dimasukkan kemudian.

Friday, June 19, 2009

UBK: Kursus Asas PRS

18 Jun - Unit Bimbingan dan Kaunseling berjaya mengadakan Kursus Asas Pengenalan kepada Pembimbing Rakan Sebaya bertempat di Bilik Komputer sekolah. Kursus dikendalikan oleh Encik Amir Abu Bakar, Penolong Pegawai, BP JAWI. Seramai 20 anggota PRS menyertai kursus tersebut.
.
Terima kasih kpd Cikgu Izah yg banyak membantu dlm menjayakan program ini. Jazakillahu khairal jaza'.

Thursday, June 18, 2009

Perlawanan Persahabatan Takraw

Pihak sekolah telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan bola takraw dengan SMK Seri Tasik pada hari semalam (17 jun). Walaupun gigih berusaha namun kehebatan pasukan tuan rumah (SMKST) belum dapat digugat. Tahniah!

Monday, June 15, 2009

Sambutan Hari Guru (tertunda)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan dalam tempoh terdekat. Pelbagai acara yang akan melibatkan pelbagai pihak telah dirancang. Untuk penyertaan dan keterangan lanjut, hubungi Cikgu Aisyah.
.
Gambar atas: Para guru yang gigih menabur bakti mendidik anak watan.
Gambar diambil tahun lepas.

Kembali Ke Sekolah

Hari ini persekolahan bermula kembali. Seminggu (bagi ting 3) atau dua minggu bercuti diharap dapat menambahkan semangat para pelajar untuk terus mara melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Tuesday, June 2, 2009

Program Skor PMR BH


Pihak sekolah dengan kerjasama Berita Harian dan Institut Perguruan Teknik menganjurkan program untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR. Program berlangung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 jun.

Latihan Sukan

Sebahagian pelajar tingkatan tiga giat menjalani latihan sukan siang dan malam sebagai persediaan untuk terpilih mewakili sekolah dalam perlawanan persahabatn menentang SMAKL yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan melibatkan acara bola tampar, bola sepak, bola jaring, ping pong dan sebagainya.

Friday, May 29, 2009

UBK: Bagaimana Mengisi MASA cuti?

Oleh WM Ubaidillah Wan Abas,
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Beberapa hari lagi cuti persekolahan akan menjengah. Ramai yang gembira kerana setelah sekian lama bertungkus lumus dalam pelajaran akhirnya waktu rehat panjang kunjung tiba. Namun cuti yang bakal menjelang ini janganlah dihabiskan tanpa ada hasilnya. Apa yang telah anda rancang untuk lebih kurang 14 hari itu? Adakah anda sudah merancangnya? Kata orang, if you fail to plan, you plan to fail!. Sebaiknya perancangan anda itu ditulis. Pakar perancangan dan strategik menyatakan mereka yang menulis perancangan akan dapat menjayakan 80% perancangannya, sebaliknya orang yang tidak menulis plannya maka hanya 20% yang berjaya. Nah! Tuliskan sekarang, anda belum terlambat.

Jangan biarkan 14 hari cuti anda berlalu tanpa apa-apa outcome yang baik untuk diri anda. Antara perkara yang boleh anda timbangkan untuk pengisian tempoh tersebut ialah:

1. Membaca dan Menghafaz al-Quran - Menghafaz al-Quran sebenarnya melatih dan menguatkan daya ingatan/memori otak kita. Apatah lagi dengan banyaknya ayat dan surah yang anda belum dapat tasmik pada penggal yang lepas! Hafal untuk rekod peribadi dan juga untuk memenuhi muqarrar sekolah. Letakkan target berapa juzuk atau surah yang mesti dihabiskan. Buat jadual contohnya setiap selepas solat mesti baca atau hafaz dua helaian.

2. Ulangkaji pelajaran - Sudah tentu banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru yang perlu disiapkan. Di samping itu, bolehlah memuraja’ah, mengulangkaji dan menyemak balik apa yang pernah dipelajari. Selain itu, apa yang akan dipelajari untuk penggal yang akan datang juga perlu diperhatikan. Buat persiapan awal.

3. Ziarah - Adakan kunjungan terhadap sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, jiran dan sebagainya. Ini dapat mewujud dan mengeratkan silaturrahim. Semasa waktu persekolahan, anda sibuk dan tidak sempat mengeratkan hubungan. Nah sekarang masanya. Dengan menghubungkan silaturrahim anda akan mendapat rahmat, masuk syurga, kesan kepada dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (rujuk Hadith). Selaian itu, seseorang yang menziarahi orang sakit atau kawannya kerana Allah, maka malaikat akan mendoakan kepadanya tempat di syurga.

4. Siyahah - Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sama ada dalam dan luar negeri (bagi yang berkemampuan). Ada yang plan untuk umrah. Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengetahuan.

5. Muzakarah - adakan diskusi dengan sesiapa yang dianggap boleh kita menimba ilmu daripada mereka. Kita boleh jumpa pak-pak imam, tok-tok guru, rakan-rakan lama yang kita tahu kebolehannya. Namun elakkan dari berdebat dan bertegang leher!

6. Amal Ijtima’ie - Libatkan diri dengan kegiatan-kegiatan komuniti yang boleh membina sahsiah anda. Program-program seperti gotong royong membersihkan surau, masjid, taman perumahan, kenduri-kendara, sukan dan sebagainya wajar disertai. Dengan penyertaan ini anda dapat membina hubungan yang sihat dengan ahli masyarakata anda. Namun harus diingat anda membawa nama sekolah dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik pelajar sekolah agama.

7. Baramij Bannaie - Jika anda berkemampuan, sertai program-program pembinaan diri atau motivasi yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pilih program yang anda rasa perlu sahaja. Bincangan dengan ibubapa. Jangan bazirkan masa, tenaga dan fulus anda.

8. Ma’rad - Di sana sini terdapat pameran yang dianjurkan pelbagai pihak. Pilih yang sesuai dengan anda atau yang menambahkan pengetahuan dan membina motivasi diri. Contohnya pameran buku, pameran peluang-peluang pendidikan dan sebagainya. Anda boleh mencarinya di laman web atau di dada akhbar.

9. Ta’wwun Usrah - Bantu ahli keluarga di rumah - Ya! Yang ini sudah pasti perlu anda usahakan agar keberadaan anda di rumah tidak menyusahkan malah sebaliknya. Yang lelaki boleh membantu mencuci kenderaan, membersihkan tingkap, halaman rumah dan sebagainya. Yang perempuan mungkin boleh mengemas pakaian, menjahit, mengemas dapur dan memasak.

Selain itu, anda perlu mengelakkan diri daripada mensia-siakan waktu dengan hanya makan tidur sepanjang hari. Atau melepak di depan kaca tivi atau pc, atau merayau-rayau tanpa tujuan. Ingat sekali lagi bahawa anda wajib menjaga nama baik pelajar sekolah agama. Jaga adab!

** Guru Kaunseling anda, boleh dihubungi di alfakawi@gmail.com
** Tulisan ini dihasilkan untuk penerbitan risalah UBK, al-Irsyad setelah mendapat dorongan GPK2.

Hari akhir exam@persekolahan

Hari ni subjek tafsir hadith dan ... Harap pelajar dapat buat ending yang baik.

Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR

Pihak sekolah telah menghantar tiga orang guru untuk menyertai Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
-
** Gambar di atas sekadar hiasan. Kursus di Melaka pada tahun lepas.

Wednesday, May 27, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Sebahagian guru sekolah terpilih untuk menerima Anugerah dan Sijil Penghargaan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP yang diadakan pada 28 mei. Syabas dan tahniah!
-

Jamuan Hari Guru


PIBG dengan kerjasama pentadbiran sekolah menganjurkan Jamuan Hari Guru bertempat di sebuah restoran di Bandar Permaisuri pada sabtu lepas. Majlis yang dihadiri sebahagian besar AJK PIBG dan guru-guru berlangsung dengan penuh keceriaan.
-
lagi gambar di blog pibg.
syukran kpd en zulkarnain atas perkongsian foto.

Wednesday, May 20, 2009

PEPERIKSAAN MENJELANG LAGI!



Ujian dan peperiksaan adalah suatu adat lumrah kehidupan. Banyak masa dan ketika kita diuji. Ujian akan menjadikan kita lebih teruji. Ia sewajarnya menjadikan kita lebih baik. Melaluinya kita dapat mengetahui kedudukan dan prestasi kita. Jelas ia suatu yang tidak dapat dielakkan. Tinggal lagi, bagaimana persediaan dan persiapan kita untuk menghadapinya. Apa dan setakat mana usaha yang kita lakukan? Kejayaan kita adalah berdasarkan usaha dan ‘keletihan’ kita bak kata pepatah arab بقدر الكدّ تكتسب المعالي. Kita akan mendapat kepuasan sebenar dalam menikmati kejayaan apabila ia adalah hasil jerih payah dan titik peluh kita sendiri. Selamat berjuang!
.
** gambar di atas: Suasana di sebuah kelas.

Sunday, May 17, 2009

Guruku

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Guruku
Shoutul Amal.

Friday, May 15, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung bermula 20 Mei (Rabu) sehingga 29 Mei (Jumaat).
Hadapilah dengan penuh kesungguhan!

Pemilihan Wakil Sekolah

Pihak Ko Kurikulum sekolah sedang memilih para pelajar untuk mewakili sekolah dalam acara bola sepak, badminton, bola tampar, ping pong, bola jaring dan lain-lain. Pemilihan ini sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan SMAKL.

Hari Guru

Hari Guru Peringkat JAWI akan disambut pada 19 mei ini di Masjid WP. Semua guru dijangka akan menghadiri majlis tersebut.
Selamat Hari Guru!

Spot Check

Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan operasi pemeriksaan terhadap para pelajar di semua kelas. Operasi bertujuan untuk memastikan para pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Perasmian Hari Esok Satu Penantian

Tekun mendengar ucapan Pengetua.

Pengetua memasukkan nombor kiraan.


Tuan Pengetua baru saja sebentar tadi melancarkan suatu program yang dinamakan Hari Esok Satu Penantian bertempat di Dataran Ilmu. Antara objektif prgram ini ialah untuk mengajak para pelajar supaya sentiasa bersiap sedia, tidak membiarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang usaha, merancang perjalanan masa dan melatih pelajar supaya mempunyai matlamat dalam kehidupan. Majlis dihadiri oleh semua pelajar dan guru.

CUTI

Pelajar diberikan kebenaran cuti selama 2 hari, iaitu pada 18 dan 19 mei ini.

Thursday, May 14, 2009

Pelancaran CountDown PMR

Dijangka akan dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari esok, 15 Mei.

Berita akan menyusul.

Program Sembelihan

Ini untuk cikgu...

Ke mana 'hilangnya' ketulan-ketulan ini?




Program Sembelihan yang diadakan pada 9 mei baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama kepada para "penyembelih". Sebanyak 70 ekor ayam berjaya dikorbankan dalam beberapa jam. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan ibubapa serta guru.
Program yang julung-julung kali diadakan itu mendapat tajaan sepenuhnya diripada PIBG.
.
* Lagi gambar di laman pibg

Friday, May 8, 2009

Pertandingan Kuiz SYAHADAH

Pertandingan Kuiz SYAHADAH berjaya dilangsungkan di Dataran Ilmu pada 7 april. Program yang diadakan pada sebelah petang itu menampilkan 12 pasukan yang terdiri dari pelbagai kelas. Soalan dibahagikan kepada ejaan kalimah arab, ilmu tafsir hadith tauhid feqah dan pengetahuan am. Johan pertandingan dimenangi oleh kumpulan Wan Syahmin. Tahniah!

Wednesday, April 29, 2009

INFO PENTING

Berikut adalah aktiviti akademik akan datang:

1. Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu, 4 Mei 2009, Dewan MaSOBA, Pelajar Ting 3 shj.

2. Kursus PBS Bahasa Inggeris, 4 mei 2009, Kuala Lumpur.

3. Pembinaan Soalan Bahasa Arab Untuk Guru, 14 Mei 2009, Khamis, 2.30-4.30 ptg.

4. Kursus PBS KHB, Port Dickson, 25-27 Mei 2009.

5. PBS Bahasa Arab, 27-29 Mei 2009, Hotel HillCity & Condo, Ipoh.

Sumber: GPK1

Program SYAHADAH

Panitia Tafsir/Hadith dan Tauhid/Feqah di bawah Bidang Keagamaan bergabung tenaga menjayakan program Syahadah. Program bermula 28 April dan berakhir 8 Mei. Ia bertujuan memantapkan lagi pembelajaran dalam mata pelajaran tersebut. Berbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah pertandingan kuiz, peraduan teka silangkata, pertandingan poster dan khat.

Majlis Perpisahan & Pot Luck

Diadakan pada 27 April sempena "persaraan" cikgu Halim dan ustz Akma.
Berbagai juadah yang teramat enak dihidangkan. Tidak tergambar oleh kata-kata!

Gerak Gempur 2

Peperiksaan khas untuk pelajang tingkatan 3 yang lebih dikenali sebagai Gerak Gempur berlangsung pada 27-30 April 2009. Ini adalah siri kedua daripada 4 siri.

Forum Mentor Mentee

Diadakan pada hari jumaat lepas bagi mengisi slot mentor mentee. Panel dibarisi oleh Ust Kashful selaku moderator, Ust Wan Ubaidillah dan Ust Syukri. Forum ini mengupas tentang tannggungjawab pelajar.

Tuesday, April 21, 2009

Ceramah Kesihatan dan Keselamatan

Biro Kebajikan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan dan Keselamatan Di Sekolah (OSH in School) pada 21 April, jam 3.00-4.00 petang bertempat di Dewan Masoba. Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Nurani binti Hassan dari NIOSH, Bangi. Antara yang hadir memeriahkan program ialah Ketua Biro Kebajikan, En Wan Mahmud, Ust Syukri selaku Pengarah Program, GPK 2, Cikgu Nurrizah dan para guru.

Kursus PBS untuk Pentaksir

Kursus Penilaian Berasaskan Sekolah untuk Pentaksir Sekolah akan diadakan seperti berikut:

1- Sains, 6-8 Mei, Pantai Morib.

2- Sejarah, 11-13 Mei, Port Dickson.

3- Pendidikan Islam, 11-13 Mei, Pantai Morib.

4- Bahasa Melayu, 13-15 Mei, Port Dickson.


Sumber: GPK1.

Program Aakdemik Sekolah

A) Bengkel Pembinaan Soalan Guru.
Akan dikendalikan oleh guru-guru pakar Kementerian Pelajaran.

1- Bahasa Melayu, 2 Apr., Pn. Airene bt Idris. SMK Victoria.

2- Matematik, 9 Apr., Pn Norazizah bt Kamarudin, SMK Sri Mulia.

3- Bahasa Inggeris, Mohammad Shukri bin Ayob, SMK Chong Hwa.

4- Sejarah, 18 Mei, Pn. Masariah, MTD Sungai Besi.


B) Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3.
Akan diadakan pada bulan Mei hingga Jun dan melibatkan semua subjek PMR.

Sumber: GPK1.

Sunday, April 19, 2009

"Patah tumbuh, hilang berganti"

Khidmat guru ganti matematik, Cikgu Halim berakhir dengan kehadiran guru tetap Cikgu Norasyikin pada 16 April.
Selamat tinggal &
Selamat datang!

Saturday, April 18, 2009

Lawatan Badan Disiplin

Alhamdulillah, Badan Disiplin sekolah berjaya mengadakan lawatan ke SAMBES SJ pada 16 hb baru-baru ini. Banyak perkara yang boleh dikongsi.

Thursday, April 16, 2009

Hari Laporan Prestasi Tingkatan 3

Tarikh: 18 April 2009 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 12.00 t/hari
Tempat: SMA MAIWP.

Semua ibubapa berkenaan diharap dapat hadir.

Suka-suka Aspura

Pelbagai aktiviti meanrik dan bermanfaat diadakan sempena program Suka-suka Aspura baru-baru ini. Program yang diadakan di Asrama Zelan pada hujung minggu itu bertujuan merehatkan minda setelah bertungkus lumus di dalam mengulangkaji pelajaran.

Free Style Football Competition

Johan menerima cenderamata

Seorang peserta menunjukkan kemahiran.

Naib johan menerima hadiah.

Tuan Pengetua "menimbang bola" semasa majlis perasmian sambil diperhatian Cikgu Halim.

Kelab Bolasepak berjaya menganjurkan pertandingan tersebut yang dilangsungkan di Dataran Ilmu. Ia julung-julung kali diadakan dan dikendalikan oleh Cikgu Halim dan En Redzuan Kamar.

Thursday, April 9, 2009

Ceramah Denggi

Tuan Penceramah menyampaikan ceramah.


Pameran juga diadakan.


Alhamdulillah, pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan "Bersama Kita Hapuskan DENGGI" pada 3.00 petang, 7 April baru-baru ini. Ceramah yang diadakan di Dewan MaSOBA itu telah disampaikan oleh MA En. Azmi bin Mohamad , wakil dari Jabatan Kesihatan Awam DBKL.

Tuesday, April 7, 2009

Ahlan Wasahlan..

Selamat datang kepada guru baru dan guru ganti.

Ustz. Halimatussa'diah - subjek Thanawi dan PI.
Cikgu Azhanim - GG Sains & PI
Cikgu Nurliyana - GG Geografi.

juga..
Cikgu Halim - Math.
Ustz. Nurul Akma - BAK & Mutalaah.

Taklimat PBS

Pihak sekolah melalui Panitia PI telah mengadakan taklimat perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah khusus untuk subjek Pendidikan Islam PMR pada sebelah petang hari Jumaat baru-baru ini.Taklimat yang disampaikan oleh Puan Farida iaitu wakil JPWP/LPM itu diadakan di Bilik Komputer dan berakhir hampir jam 6.00 petang.Hampir semua guru PI hadir dalam taklimat tersebut.

Friday, March 27, 2009

Program Saya Boleh Berubah

Pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan program motivasi Saya Boleh Berubah pada 28 Mac ini (Sabtu) bertempat di Dewan MaSOBA. Program yang diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 3 ini akan bemula jam 8.00 pagi dan tamat 5.00 petang. Program ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan.

Thursday, March 26, 2009

PENGUMUMAN Admin

Setelah dibuat undian terhadap soalan berikut:

Adakah anda setuju pemberi komen perlu berdaftar?

Keputusannya adalah seperti berikut:
48% menjawab YA.
28% TIDAK
24% TIDAK KISAH!

Dengan keputusan undian tersebut dan atas beberapa sebab yang lain, maka dengan ini, bermula saat ini pengunjung yang ingin memberikan komen WAJIB berdaftar.
Sekian.



Lihat soalan undian terbaru.

Monday, March 23, 2009

Gerak Gempur PMR

Pihak sekolah melancarkan program Gerak Gempur PMR bermula hari esok 24 hingga 27 Mac. Para pelajar tingkatan tiga akan menduduki peperiksaan yang dirangka khas bagi menilai pencapaian mereka dalam berhadapan dengan PMR yang sebenar.

Selamat "bergempur"!

Perancangan Lokasi Tetap Sekolah

  • Construction for the agama school was being built on a 3.36ha site at the Bandar Sri Permaisuri in Bandar Tun Razak parliamentary constituency.
  • Expected to be ready by end of next year.
  • Boarding secondary school will be able to accommodate 1,200 students.
  • will be equipped with various facilities including laboratories, workers’ quarters and a surau.
  • The Imtiaz School would be developed by the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) on a 8.8ha site in Setiawangsa.
  • initial allocation of RM30mil from MAIWP has been approved and the groundbreaking ceremony will be held.
  • both the agama school and the Imtiaz school will be able to produce educated young Muslims with good character and confidence to face future challenges.

    baca di sini

سكوله لاكي

هاري فرسكولهن بهاكين كدوا فغكل فرتام برمولا

23 Mac-29 Mei.

Sunday, March 22, 2009

Tahukah Anda?

Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan pernah wujud suatu ketika dahulu dan terkenal dengan nama SMAWiP.

Lihat catatan sejarah ini:

Kumpulan ini adalah untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 1969; pernah belajar di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan di antara tahun 1982 hingga 1986. Lokasi sekolah adalah di Kelang (menumpang bersama Kolej Islam Kelang 1982), dan Petaling Jaya (1983 hingga 1986).Batch ekslusif pejuang adalah milik mereka yang belajar di Tingkatan Satu (Putih, Merah, Biru dan Kuning) pada tahun 1982 yang terlibat secara tidak langsung dengan demonstrasi tuntutan tapak sekolah sendiri. Demonstrasi yang diketuai oleh "Kami Semua.." membuahkan hasil dengan perpindahan ke tapak di Seksyen 17 Petaling Jaya. Seksyen 17 terkenal dengan "Splosh", "ABC", "Bas 238", "Stesen Bas Masjid..tempat keluar curi malam", "Tiga tiang bendera pilihan ketika assembly", "Kerusi misteri ditengah taman antara dua bangunan", "Larian selamatkan diri ketika ponteng prep petang", "Ustaz Jonid, Ustaz Baihaki, Ustaz Zuber", dan lain-lain sejuta satu macam nostalgia.

dan ini...

Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWiP), Petaling Jaya (1986) yang telah berpindah dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan (1987)

sumber: sini

** Saya sendiri telah melakukan penyelidikan ringkas sebelum ini atas suatu sebab.

Wednesday, March 18, 2009

Terbongkar!

Tips Imam as-Syafie

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah enam tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan genius. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia baligh dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.


Luqmanul Hakim

Luqman menasihati anaknya: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah".

Sumber: Tips & Doa Penerang Hati susunan Abdullah Ariffin, 2008 .
InsyaALLAH boleh didapati di Koperasi Sekolah dengan harga RM 3 shj.

Guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit pelajar

Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan. Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Baca di sini.

Ulasan:

Ust Kashful dah lama buat ni.

1,862 pelajar sekolah terlibat jenayah

Seramai 1,862 atau 0.03 peratus pelajar sekolah di seluruh negara terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong berkata, bagi tempoh yang sama seramai 46 orang terlibat dalam aktiviti gengsterisme membabitkan salah laku memeras ugut dan ugutan jenayah.
Katanya, ia merupakan penurunan yang amat ketara berbanding 2007 yang mencatatkan penglibatan 76 orang pelajar sekolah.
"Kementerian telah menggerakkan kempen bersepadu di peringkat sekolah menerusi Kelab Pencegahan Jenayah yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid agar dapat mengelakkan perbuatan berunsur jenayah serta langkah-langkah mengelakkan diri daripada ancamannya.

berita penuh di sini

Monday, March 16, 2009

Tiada Alasan Lagi...


Berikut beberapa fakta dan kata2 beliau:

  1. Tinggal di rumah sewa keluarga. tiada kelengkapan peralatan canggih, komputer dan kemudahan internet. Lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama.
  2. Teringin untuk tinggal di asrama tetapi tak mampu (yurannya mahal iaitu RM200 sebulan)
  3. Bapa nelayan, ibu tukang cuci.
  4. "Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500.
    “Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik.

  5. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah.
  6. “Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,”
  7. Amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.

  8. Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,”
  9. Redha dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga.
  10. Mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.
  11. Sentiasa optimis dengan diri sendiri.
  12. Mentornya senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar.
  13. Tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.
  14. Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,”

  15. Tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan.
  16. Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima.
  17. Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik.
sumber: ambuyatel

LAGI:
  • Ditawarkan mengikuti A Level di London oleh MARA tanpa temuduga dan isi borang.

  • Dipanggil temuduga oleh Bank Negara.

  • Ditawarkan biasiswa oleh Petronas.

  • Ditawarkan (kpd keluarga) sebuah rumah bernilai 130k dan sebuah lot tanah oleh Kerajaan Kelantan.

  • Dan byk lagi tawaran dlm pelbagai bentuk oleh pelbagai pihak.

Sunday, March 15, 2009

Pelajar Sekolah Agama Best Student SPM (20A)


  • Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal

  • 20A (19A1, 1A2)

  • Anak seorang nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan

  • Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan


sumber: hdaily dan yanafia

Friday, March 13, 2009

Cuti Sekolah

Cuti Persekolah Penggal Pertama:
14 Mac - 22 Mac 2009.

Selamat bercuti kepada semua!

kepada para pelajar, jangan lupa ulangkaji pelajaran.
para guru, selamat menanda kertas.

Kem Kepimpinan Pengawas

Bersempena dengan cuti persekolah ini, SMAWIP akan menganjurkan Kem Kepimpinan pada 13 hingga 15 Mac bertempat di Kem Mestika Safa, Hulu Langat. Menurut pengarah program, al-Fadhil Ustaz Kashful Anuar, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang selok belok seni kepimpinan, ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan menguji ketahanan fizikal dan mental.

Para peserta terdiri daripada 28 orang pengawas sekolah lelaki dan perempuan.

Thursday, March 12, 2009

warden tetap di sekolah ?

BATU PAHAT 7 Mac - Kementerian Pelajaran dijangka mewujudkan warden tetap di semua sekolah berasrama penuh bagi memantapkan lagi pengawasan ke atas pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, warden tersebut bukan daripada kalangan pegawai penjara atau guru sebaliknya pakar dalam beberapa bidang termasuk penjagaan disiplin, kaunseling dan psikologi.
Menurutnya, warden berkenaan akan tinggal di kawasan asrama dan bertanggungjawab penuh terhadap pengawasan dan disiplin semua pelajar.

Baca lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

NASIHAT

Terdapat beberapa pengunjung yang melepaskan komen yang kurang elok dengan bahasa yang kurang sopan. Pihak kami berkemungkinan akan mewajibkan pengunjung untuk berdaftar bagi mendidik agar lebih bertanggungjawab.

- Sila mengundi di sebelah kanan.

Thursday, March 5, 2009

EXAM BERMULA

Exam atau lebih tepat UJIAN PRESTASI 1 BERMULA hari ini. Maknanya minggu depan cuti panjang.

Tuesday, March 3, 2009

Program Pengurusan Jenazah

Pihak sekolah berjaya mengadakan Program Pengurusan Jenazah pada 27 Feb baru-baru ini bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Islam PMR. Program yang diketuai oleh Ustaz Mohd Syukri Mohd Arof bertujuan memberikan pendedahan yang sebenar tentang tatacara pengurusan jenazah. Bagaimanapun praktikal yang sebenar program itu tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab teknikal.

Monday, March 2, 2009

Rumah Kuning johan keseluruhan

Kejohanan Olahraga SMA MAIWP yang berlangsung pada 28 Februari di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi diungguli oleh Rumah Mutiara (Kuning). Kejohanan yang dijalankan secara sederhana itu dirasmikan oleh Ustazah Noor Khalidah Abd Rashid, KPP Bahagian Pelajaran JAWI.

********

PBSM bertungkus lumus 'menyelamatkan' keadaan. Kekurangan anggota. Ramai yang tumbang....
Fokus..

Detik-detik kemenangan...
..... ke hadapan... hormat!

Sedia...


Segak...




Kental dan waja!