Berikut beberapa fakta dan kata2 beliau:
- Tinggal di rumah sewa keluarga. tiada kelengkapan peralatan canggih, komputer dan kemudahan internet. Lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama.
- Teringin untuk tinggal di asrama tetapi tak mampu (yurannya mahal iaitu RM200 sebulan)
- Bapa nelayan, ibu tukang cuci.
- "Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500.
“Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik. - Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah.
- “Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,”
- Amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.
- Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,”
- Redha dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga.
- Mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.
- Sentiasa optimis dengan diri sendiri.
- Mentornya senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar.
- Tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.
- Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,”
- Tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan.
- Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima.
- Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik.
sumber: ambuyatel
LAGI:
- Ditawarkan mengikuti A Level di London oleh MARA tanpa temuduga dan isi borang.
- Dipanggil temuduga oleh Bank Negara.
- Ditawarkan biasiswa oleh Petronas.
- Ditawarkan (kpd keluarga) sebuah rumah bernilai 130k dan sebuah lot tanah oleh Kerajaan Kelantan.
- Dan byk lagi tawaran dlm pelbagai bentuk oleh pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment