Sunday, March 22, 2009

Tahukah Anda?

Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan pernah wujud suatu ketika dahulu dan terkenal dengan nama SMAWiP.

Lihat catatan sejarah ini:

Kumpulan ini adalah untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 1969; pernah belajar di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan di antara tahun 1982 hingga 1986. Lokasi sekolah adalah di Kelang (menumpang bersama Kolej Islam Kelang 1982), dan Petaling Jaya (1983 hingga 1986).Batch ekslusif pejuang adalah milik mereka yang belajar di Tingkatan Satu (Putih, Merah, Biru dan Kuning) pada tahun 1982 yang terlibat secara tidak langsung dengan demonstrasi tuntutan tapak sekolah sendiri. Demonstrasi yang diketuai oleh "Kami Semua.." membuahkan hasil dengan perpindahan ke tapak di Seksyen 17 Petaling Jaya. Seksyen 17 terkenal dengan "Splosh", "ABC", "Bas 238", "Stesen Bas Masjid..tempat keluar curi malam", "Tiga tiang bendera pilihan ketika assembly", "Kerusi misteri ditengah taman antara dua bangunan", "Larian selamatkan diri ketika ponteng prep petang", "Ustaz Jonid, Ustaz Baihaki, Ustaz Zuber", dan lain-lain sejuta satu macam nostalgia.

dan ini...

Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWiP), Petaling Jaya (1986) yang telah berpindah dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan (1987)

sumber: sini

** Saya sendiri telah melakukan penyelidikan ringkas sebelum ini atas suatu sebab.

1 comment:

serikandi said...

untuk pengetahuan semua, smawp yang dahulunya di petaling jaya masih lagi utuh bangunannya..
ia menjadi salah satu kelas saya sepanjang belajar di matrikulasi uia, petaling jaya..
kepada sesiapa yang ingin melihat bukti kewujudan smawp suatu masa dahulu, boleh pergi sendiri ke matrikulasi uia, petaling jaya..