Wednesday, March 18, 2009

Terbongkar!

Tips Imam as-Syafie

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah enam tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan genius. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia baligh dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.


Luqmanul Hakim

Luqman menasihati anaknya: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah".

Sumber: Tips & Doa Penerang Hati susunan Abdullah Ariffin, 2008 .
InsyaALLAH boleh didapati di Koperasi Sekolah dengan harga RM 3 shj.

1 comment:

serikandi said...

PETUA IMAM SYAFI'E
4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.