Friday, May 29, 2009

Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR

Pihak sekolah telah menghantar tiga orang guru untuk menyertai Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
-
** Gambar di atas sekadar hiasan. Kursus di Melaka pada tahun lepas.

Wednesday, May 27, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Sebahagian guru sekolah terpilih untuk menerima Anugerah dan Sijil Penghargaan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP yang diadakan pada 28 mei. Syabas dan tahniah!
-

Jamuan Hari Guru


PIBG dengan kerjasama pentadbiran sekolah menganjurkan Jamuan Hari Guru bertempat di sebuah restoran di Bandar Permaisuri pada sabtu lepas. Majlis yang dihadiri sebahagian besar AJK PIBG dan guru-guru berlangsung dengan penuh keceriaan.
-
lagi gambar di blog pibg.
syukran kpd en zulkarnain atas perkongsian foto.

Wednesday, May 20, 2009

PEPERIKSAAN MENJELANG LAGI!



Ujian dan peperiksaan adalah suatu adat lumrah kehidupan. Banyak masa dan ketika kita diuji. Ujian akan menjadikan kita lebih teruji. Ia sewajarnya menjadikan kita lebih baik. Melaluinya kita dapat mengetahui kedudukan dan prestasi kita. Jelas ia suatu yang tidak dapat dielakkan. Tinggal lagi, bagaimana persediaan dan persiapan kita untuk menghadapinya. Apa dan setakat mana usaha yang kita lakukan? Kejayaan kita adalah berdasarkan usaha dan ‘keletihan’ kita bak kata pepatah arab بقدر الكدّ تكتسب المعالي. Kita akan mendapat kepuasan sebenar dalam menikmati kejayaan apabila ia adalah hasil jerih payah dan titik peluh kita sendiri. Selamat berjuang!
.
** gambar di atas: Suasana di sebuah kelas.

Sunday, May 17, 2009

Guruku

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Guruku
Shoutul Amal.

Friday, May 15, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung bermula 20 Mei (Rabu) sehingga 29 Mei (Jumaat).
Hadapilah dengan penuh kesungguhan!

Pemilihan Wakil Sekolah

Pihak Ko Kurikulum sekolah sedang memilih para pelajar untuk mewakili sekolah dalam acara bola sepak, badminton, bola tampar, ping pong, bola jaring dan lain-lain. Pemilihan ini sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan SMAKL.

Hari Guru

Hari Guru Peringkat JAWI akan disambut pada 19 mei ini di Masjid WP. Semua guru dijangka akan menghadiri majlis tersebut.
Selamat Hari Guru!

Spot Check

Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan operasi pemeriksaan terhadap para pelajar di semua kelas. Operasi bertujuan untuk memastikan para pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Perasmian Hari Esok Satu Penantian

Tekun mendengar ucapan Pengetua.

Pengetua memasukkan nombor kiraan.


Tuan Pengetua baru saja sebentar tadi melancarkan suatu program yang dinamakan Hari Esok Satu Penantian bertempat di Dataran Ilmu. Antara objektif prgram ini ialah untuk mengajak para pelajar supaya sentiasa bersiap sedia, tidak membiarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang usaha, merancang perjalanan masa dan melatih pelajar supaya mempunyai matlamat dalam kehidupan. Majlis dihadiri oleh semua pelajar dan guru.

CUTI

Pelajar diberikan kebenaran cuti selama 2 hari, iaitu pada 18 dan 19 mei ini.

Thursday, May 14, 2009

Pelancaran CountDown PMR

Dijangka akan dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari esok, 15 Mei.

Berita akan menyusul.

Program Sembelihan

Ini untuk cikgu...

Ke mana 'hilangnya' ketulan-ketulan ini?




Program Sembelihan yang diadakan pada 9 mei baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama kepada para "penyembelih". Sebanyak 70 ekor ayam berjaya dikorbankan dalam beberapa jam. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan ibubapa serta guru.
Program yang julung-julung kali diadakan itu mendapat tajaan sepenuhnya diripada PIBG.
.
* Lagi gambar di laman pibg

Friday, May 8, 2009

Pertandingan Kuiz SYAHADAH

Pertandingan Kuiz SYAHADAH berjaya dilangsungkan di Dataran Ilmu pada 7 april. Program yang diadakan pada sebelah petang itu menampilkan 12 pasukan yang terdiri dari pelbagai kelas. Soalan dibahagikan kepada ejaan kalimah arab, ilmu tafsir hadith tauhid feqah dan pengetahuan am. Johan pertandingan dimenangi oleh kumpulan Wan Syahmin. Tahniah!

Wednesday, April 29, 2009

INFO PENTING

Berikut adalah aktiviti akademik akan datang:

1. Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu, 4 Mei 2009, Dewan MaSOBA, Pelajar Ting 3 shj.

2. Kursus PBS Bahasa Inggeris, 4 mei 2009, Kuala Lumpur.

3. Pembinaan Soalan Bahasa Arab Untuk Guru, 14 Mei 2009, Khamis, 2.30-4.30 ptg.

4. Kursus PBS KHB, Port Dickson, 25-27 Mei 2009.

5. PBS Bahasa Arab, 27-29 Mei 2009, Hotel HillCity & Condo, Ipoh.

Sumber: GPK1

Program SYAHADAH

Panitia Tafsir/Hadith dan Tauhid/Feqah di bawah Bidang Keagamaan bergabung tenaga menjayakan program Syahadah. Program bermula 28 April dan berakhir 8 Mei. Ia bertujuan memantapkan lagi pembelajaran dalam mata pelajaran tersebut. Berbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah pertandingan kuiz, peraduan teka silangkata, pertandingan poster dan khat.

Majlis Perpisahan & Pot Luck

Diadakan pada 27 April sempena "persaraan" cikgu Halim dan ustz Akma.
Berbagai juadah yang teramat enak dihidangkan. Tidak tergambar oleh kata-kata!

Gerak Gempur 2

Peperiksaan khas untuk pelajang tingkatan 3 yang lebih dikenali sebagai Gerak Gempur berlangsung pada 27-30 April 2009. Ini adalah siri kedua daripada 4 siri.

Forum Mentor Mentee

Diadakan pada hari jumaat lepas bagi mengisi slot mentor mentee. Panel dibarisi oleh Ust Kashful selaku moderator, Ust Wan Ubaidillah dan Ust Syukri. Forum ini mengupas tentang tannggungjawab pelajar.

Tuesday, April 21, 2009

Ceramah Kesihatan dan Keselamatan

Biro Kebajikan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan dan Keselamatan Di Sekolah (OSH in School) pada 21 April, jam 3.00-4.00 petang bertempat di Dewan Masoba. Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Nurani binti Hassan dari NIOSH, Bangi. Antara yang hadir memeriahkan program ialah Ketua Biro Kebajikan, En Wan Mahmud, Ust Syukri selaku Pengarah Program, GPK 2, Cikgu Nurrizah dan para guru.

Kursus PBS untuk Pentaksir

Kursus Penilaian Berasaskan Sekolah untuk Pentaksir Sekolah akan diadakan seperti berikut:

1- Sains, 6-8 Mei, Pantai Morib.

2- Sejarah, 11-13 Mei, Port Dickson.

3- Pendidikan Islam, 11-13 Mei, Pantai Morib.

4- Bahasa Melayu, 13-15 Mei, Port Dickson.


Sumber: GPK1.

Program Aakdemik Sekolah

A) Bengkel Pembinaan Soalan Guru.
Akan dikendalikan oleh guru-guru pakar Kementerian Pelajaran.

1- Bahasa Melayu, 2 Apr., Pn. Airene bt Idris. SMK Victoria.

2- Matematik, 9 Apr., Pn Norazizah bt Kamarudin, SMK Sri Mulia.

3- Bahasa Inggeris, Mohammad Shukri bin Ayob, SMK Chong Hwa.

4- Sejarah, 18 Mei, Pn. Masariah, MTD Sungai Besi.


B) Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3.
Akan diadakan pada bulan Mei hingga Jun dan melibatkan semua subjek PMR.

Sumber: GPK1.

Sunday, April 19, 2009

"Patah tumbuh, hilang berganti"

Khidmat guru ganti matematik, Cikgu Halim berakhir dengan kehadiran guru tetap Cikgu Norasyikin pada 16 April.
Selamat tinggal &
Selamat datang!

Saturday, April 18, 2009

Lawatan Badan Disiplin

Alhamdulillah, Badan Disiplin sekolah berjaya mengadakan lawatan ke SAMBES SJ pada 16 hb baru-baru ini. Banyak perkara yang boleh dikongsi.

Thursday, April 16, 2009

Hari Laporan Prestasi Tingkatan 3

Tarikh: 18 April 2009 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 12.00 t/hari
Tempat: SMA MAIWP.

Semua ibubapa berkenaan diharap dapat hadir.