Saturday, October 17, 2009

Majlis Sambutan Eidul Fitri

Pihak sekolah dengan kerjasama penuh PIBG akan mengadakan Majlis Sambutan Eidul Fitri pada 17 okt 2009.

Thursday, September 17, 2009

Halatuju Pelajar

PESANAN daripada UBK kepada PELAJAR

Para pelajar ting 3 diminta berbincang dengan ibubapa masing-masing bagi menentukan hala tuju selepas PMR. Ia penting kerana sebahagian pihak telah membuka tawaran untuk memasuki institusi mereka. Lihat/klik di sini
Pelajar juga sewajibnya berbincang dengan mereka yang lebih arif. Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah bersedia memberikan panduan dan bantuan yang sekadarnya.
Salam Ramadhan!

Program Ihya' Ramadhan

majlis iftor jama'ie

majlis tilawah

majlis hafazan
kredit kpd cikgu aisyah atas sumbangan foto.

Monday, August 10, 2009

Pengumuman / إعلان هام

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mulai hari ini, saya menyerahkan urusan berkaitan blog smamaiwp.blogspot.com dan pibgsmamaiwp.blogspot.com kepada admin yang baru. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan, komen, coretan, dsb. daripada pengunjung sepanjang mengendalikan blog-blog ini. Saya juga memohon maaf jika terdapat tulisan dan komen yang menimbulkan kegusaran dan ketidaktenteraman kepada mana-mana pihak. Saya berharap wadah ini akan semakin subur. Sekian, wassalam.
- Pencatat @ abutalhah1

Tuesday, August 4, 2009

PESANAN PENTING

4 Ogos - Pihak pentadbiran sekolah melalui GPK2 menasihatkan para pelajar yang akan datang ke asrama pada petang ini agar membawa dan memakai penutup mulut dan hidung/topeng masing-masing. Beliau juga menasihati pelajar yang masih demam atau tidak sihat supaya terus bercuti (tidak datang ke sekolah/asrama). Pembelajaran akan berjalan seperti biasa bermula esok.

sila hebahkan makluman ini.

Setelah Pelajar, Guru Pula Mangsa H1N1

Malaysiakini melaporkan :

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru dari Kuala Selangor. Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.
baca di sini dan sini

Moga guru dan pelajar kita selamat dari ujian Allah ini.

Tuesday, July 28, 2009

Sekolah Ditutup!

28 Jul- Pihak pentadbiran sekolah memutuskan untuk menghentikan operasi persekolahan selama 7 hari bermula 28 hb sehingga 4 ogos ini. Demikian diumumkan oleh GPK HEM dalam perhimpunan khas sebentar tadi (1.00 tengahari). Ia berikutan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan WPKL setelah ramai pelajar mengalami simptom-simptom penyakit seperti demam, batuk, selsema, muntah dan sebagainya. Para pelajar dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini. Sehingga kini, tiada virus H1N1 dikesan.
.
Untuk rekod, ramai pelajar mengalami cirit birit pada minggu lepas.

Pesanan khas (bertahap jingga) dr c.izah: mohon kerjasama ibubapa memastikan anak-anak baca buku di rumah.

Friday, July 24, 2009

"Budaya Last Minute Budaya Firaun"

"Budaya last minute budaya Firaun", demikian kata Ust Wan dalam kuliahnya di Aspura baru-baru ini. Beliau merujuk kepada kisah Fira'un yang hanya pada saat-saat akhir baru mengakui dirinya beriman dan muslim sepertimana tercatat dalam surah Yunus:91-92. Beliau mengingatkan para pelajar agar menjauhi budaya tersebut kerana ia akan membawa kepada penyesalan yang berpanjangan.

Wednesday, July 22, 2009

UBK: Makanan yang membina otak

1. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran (kalau boleh yang segar)
.
2. Pastikan anda mendapat protein yang cukup contohnya telur, ikan, daging dan ayam (yang duduk di asrama tak jadi masalah)
.
3. Makan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, air soya dan tempe kerana kajian menunjukkan ia mempunyai pytoenzime yang membina otak.
.
4. Amalkan memakan ulam-ulaman kerana ia kaya dengan khasiat. Pegaga contohnya didapati boleh merangsang otak serta daya ingatan.
.
5. Vitamin yang mencukupi. Makan sebutir multi vitamin sehari. Kajian menunjukkan pelajar yang makan sebutir vitamin setiap hari, 2 kali ganda lebih cekap daripada pelajar yang tidak memakannya.
.
6. Amalkan minum air yang dimasak atau air bersih yang disuling (ada yang kata tak bagus air suling). Mulakan setiap hari dengan meminum satu gelas besar air masak selepas subuh untuk membersihkan sistem dalaman anda.
.
Sumber: Rahsia Kecemerlangan Peperiksaan, Dr. Abdul Aziz azimullah, h.2

Saturday, July 18, 2009

Balik Bermalam & Cuti Peristiwa

Semua pelajar dibenarkan pulang bermula petang tadi sempena cuti peristiwa pada Isnin ini. Cuti tersebut sempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.

4 Program Serentak

16 Julai - Jawatankuasa Asrama berjaya mengadakan empat program serentak iaitu Majlis Khatam al-Quran, Iftar Jama'ie, Forum Ehwal Islam dan Pelancaran Kempen Biah Solehah. Program yang melibatkan semua pelajar ini diadakan di Dataran Kompleks Asrama Taman Melati (Lelaki).
Majlis yang bermula jam 6.30 petang itu dimulakan dengan Khatam al-Quran, disusuli Iftar, Forum dan Kempen Biah Solehah.
Forum yang bertajuk Kecemerlangan Akhlaq pada malam tersebut dibarisi oleh Tuan Haji Shahidin, Ustaz Wan Ubaidillah, Ustaz Husni dan Ustaz Kashful.
Program tersebut berakhir jam 10.30 malam setelah dihidangkan dengan beberapa buah alunan nasyid oleh pihak tuan rumah.
-

Tahniah kepada pemenang SYAHADAH

Senarai Pemenang.

Pertandingan Kuiz
Tempat Pertama.
1. WAN SYAHMIN
2. MOHD FIKRI JOHAN
3. FAIZ AIMAN FADIAL ADZIM

Tempat Kedua
1. MOHAMAD AZHAR M SULAIMAN
2. MUHAMAD ALIFF SUID
3. BADRUL AMIN BADRIN

Tempat Ketiga
1. MUHD HANIF
2. HARIZ AMIRUL
3. MIOR SHAHID

Peraduan Silangkata
1. Tiada
2. AHMAD AMIRUL RASHID B ROSLAN &
AHMAD AHNAF B KASYFUN NAZIR

Saguhati
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pertandingan Khat
1.
2.
3.

Saguhati
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pertandingan Poster Tokoh/Kitab
Tempat Pertama
1. NURUL NADIAH BT JAMIL

Tempat Kedua
1 WAN SYAHMIN
2 FAKHRI FADHIL
3 FIKRI JOHAN
4 MIOR AHMAD FITRI
5 ZAHIDUL KHAIR
6. AMNI
7 LUQMAN HAKIM
8 SAIFUL AMRI

Tempat Ketiga
1 MOHD NAUFAL
2 AHMAD AHNAF
3 ARIF HASBULLAH
4 IZZAT RAZI
5 FAIZ ABI BADRON

Tahniah dan Syabas!

Senarai lengkap akan dimasukkan kemudian.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan 2012

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sekejap tadi mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah.
-
baca di sini dan sini.

Sunday, July 5, 2009

Menang & Tewas

3 Julai - Pasukan bola jaring sekolah berjaya menewaskan pasukan SMAKL dalam perlawanan yang berlangsung pada petang 3 julai bertempat di padang SMAKL. Manakala pasukan bolasepak pula mengalami kejutan apabila kalah dalam percubaan sulungnya.

Hari Laporan Prestasi & Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan PMR

4 Julai - Hari Penyerahan Laporan Prestasi Pelajar dan Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan PMR berlangsung dengan jayanya. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg Dato' Che Mat bin Che Ali, Pengarah JAWI.

Thursday, July 2, 2009

Kehilangan Lagi

30 Jun - Guru dan kakitangan sekolah mengadakan majlis perpisahan ringkas sempena perletakan jawatan ustazah Madihah yang berkuatkuasa 1 julai. Beliau akan bertugas di tempat yang lain.

Monday, June 29, 2009

Gerak Gempur 3

Bermula hari ini, pelajar Tingkatan 3 sekali lagi menduduki ujian khas PMR yang dinamakan Gerak Gempur. Semoga berjaya!

Saturday, June 27, 2009

Program Bahasa

Salah satu acara Pantun

Tuan Pengetua merasmikan program

Pengarah program menyampaikan ucapan aluan.

27 Jun - Pihak sekolah berjaya melaksanakan Program Bahasa dengan sederhana dan meriah pada sebelah pagi tadi. Program yang diketuai oleh Cikgu Noorsuriati itu memuatkan aktiviti-aktiviti seperti bahas, pantun, drama, syair dan sebagainya.
.

Thursday, June 25, 2009

Sambutan Hari Guru meriah

Kad ucapan gergasi
Sebahagian hadiah yang masih tersadai kerana dah tak muat bonet..

Tullab Ting 2

Persembahan pelajar Ting. 1

Persembahan khas sebelum masuk dewan

25 Jun - Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Sambutan Hari Guru yang berlangsung pada sebelah pagi tadi.
Berita lanjut dan gambar ...tunggulah.

H1N1: Sekolah dinasihat tutup aircond

Berikutan serangan viris H1N1 semakin galak, Menteri Kesihatan akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar sekolah-sekolah terutamanya di Lembah Klang agar tidak menggunakan penyaman udara dalam bilik darjah sebaliknya membuka tingkap dan pintu bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik sebagai langkah mengawal penyebaran virus.
Berita lanjut di sini.
.
Fakta:
Hingga kini 91 kes (77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan)
.
Cikgu Izah - tolong announce.

Sunday, June 21, 2009

H1N1 Menyerang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.
Semua pihak diminta berjaga-jaga dengan penularan wabak ini yang sudah menjangkau sebanyak 50 orang sehingga kini.
Berita lanjut di sini.

MAT PIBG

PIBG berjaya mengadakan mesyuarat agungnya pada hari Sabtu, 20 Jun (semalam). Mesyuarat kali ini telah memilih Jawatankuasanya yang baru. Tahniah kepada AJK yang baru dan lama!
.
InsyaAllah, gambar dan senarai AJK baru akan dimasukkan kemudian.

Friday, June 19, 2009

UBK: Kursus Asas PRS

18 Jun - Unit Bimbingan dan Kaunseling berjaya mengadakan Kursus Asas Pengenalan kepada Pembimbing Rakan Sebaya bertempat di Bilik Komputer sekolah. Kursus dikendalikan oleh Encik Amir Abu Bakar, Penolong Pegawai, BP JAWI. Seramai 20 anggota PRS menyertai kursus tersebut.
.
Terima kasih kpd Cikgu Izah yg banyak membantu dlm menjayakan program ini. Jazakillahu khairal jaza'.

Thursday, June 18, 2009

Perlawanan Persahabatan Takraw

Pihak sekolah telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan bola takraw dengan SMK Seri Tasik pada hari semalam (17 jun). Walaupun gigih berusaha namun kehebatan pasukan tuan rumah (SMKST) belum dapat digugat. Tahniah!