Tuesday, September 23, 2008

Forum Ihya' Ramadhan

Pihak sekolah berjaya mengadakan Forum Ihya' Ramadhan pada 22 Sept. baru-baru ini.
Forum bertajuk Tajdid Nafsiah Asas Pembentukan Ummah dibarisi oleh Imam Masjid Putrajaya, Ustaz Abdullah Mat, Pen. Pegawai HEI Bhg Dakwah JAKIM, Ustaz bin Azhar bin Wi. Forum dan dipengerusikan oleh Ustaz WM Ubaidillah.
Tuan Pengetua, Ustaz Shahidin bin Tinik turut hadir dalam forum yang berlangsung selama satu jam itu.

Laman PIBG

Silalah berkunjung ke laman PIBG di http://pibgsmamaiwp.blogspot.com/

Saturday, September 20, 2008

Blog SOALAN PMR dll

Untuk melihat dan mendapatkan koleksi soalan PMR dan sebagainya, boleh layari http://koleksisoalan.blogspot.com/

Jazakillahu khairan kathirann kpd Puan Ramlah (PIBG) yang memaklumkan tentang blog ini.

Thursday, September 11, 2008

Com LAB DITUTUP

Makmal komputer ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dijangka memakan masa selama 3-4 hari. Para pengguna yang setia diharap dapat bersabar.

KAKITANGAN BARU

SMA MAIWP mengucapkan selamat datang kepada warga baru.
Selamat bertugas!

BALIK BERMALAM

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak, para pelajar dibenarkan balik bermalam pada setiap hujung minggu. Kebenaran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk merasai suasana Ramadhan bersama keluarga.

PERASMIAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN


9 sept- PROGRAM IHYA’ RAMADHAN peringkat SMA MAIWP telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua, Haji Shahidin bin Tinik dalam program Perhimpunan Mingguan sebentar tadi. Sebagai gimiknya, Tuan Pengetua telah memukul gong sebanyak tiga kali dan melepaskan ikatan bunting.
.
Gambar atas: Tuan Pengetua sedang memukul gong.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1429, pihak sekolah mengadakan berbagai aktiviti untuk menghidupkannya. Antaranya ialah tadarus al-Quran peringkat pelajar dan kakitangan, pertandingan hafazan al-Quran dan terjemahan, pertandingan kuiz, pertandingan bercerita, ceramah ihya ramadhan, Majlis Iftor Jama’ie dan Majlis Khatam al-Quran. Tema program tahun ini ialah Tajdid Nafsi Asas Pembentukan Ummah.

PERKHEMAHAN BAHASA




Persatuan Bahasa SMA MAIWP telah mengadakan perkhemahan di Sungai Congkak, Hulu Langat pada 29 hingga 31 ogos baru-baru ini. Perkhemahan yang disertai 25 orang pelajar itu bertujuan untuk membina kemahiran komunikasi yang efektif, membina jati diri muslim dan meningkatkan pembangunan sahsiah diri. Antara aktiviti yang diadakan ialah bengkel bahasa arab dan inggeris, public speaking, sahsiah rupa diri, jungle trekking dan sukaneka. Antara guru yang mengiringi dan turut serta dalam program yang julung-julung kali diadakan ini ialah Ustazah Mastura, Cikgu Roslizawani, Cikgu Hazami, Cikgu Suriati dan Ustaz Tarmizi.

LAWATAN KE MELAKA

Persatuan Sejarah dan Geografi SMA MAIWP berjaya mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada 29 ogos 2008. Seramai 32 orang pelajar telah menyertainya dengan diiringi oleh Cikgu Zuriani dan Cikgu Roslizawani. Antara tempat yang dilawati ialah Kota A. Famosa, Perkampungan Portugis, Perigi Hang Tuah, Makam Raja Haji dan Makam Tun Teja.
.
Terima kasih kepada yang memberi ole-ole dari Melaka.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN



Pihak sekolah berjaya mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu dan Sains pada 6 sept. baru-baru ini. Ceramah disampaikan oleh Puan Norma Jusoh (BM) dari SMK Bandaraya dan Puan Norazura Abdul Aziz (Sains) dari SMK Puteri WP.

SEKOLAH GANTI

Pada 6 Sept 2008 bagi menggantikan cuti pada 30 Sept 2008.
.
Sekolah ganti akan datang ialah pada 20 sept 2008 (ganti cuti pada 3 oktober 2008)

BUKU LAMA DIKEHENDAKI

Ibubapa/penjaga dipelawa untuk menyumbangkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian sama ada lama (terpakai) atau baru (alhamdulillah..) untuk diletakkan di sekolah dan asrama. Projek ini adalah inisiatif Biro Pendidikan PIBG untuk menyemarakkan budaya membaca di kalangan pelajar SMA MAIWP. Bahan-bahan tersebut bolehlah dihantar ke asrama putera atau puteri sepanjang bulan Ramadhan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ustaz Kashful Anuar di talian 013 3541776, atau Puan Ramlah di talian.
Rebutlah peluang beramal jariah di bulan yang penuh barakah ini.

“SURAT KHABAR LAMA”

Para pelajar digalakkan membawa barang-barang buangan/terpakai seperti surat khabar lama, tin, botol plastik atau kaca, dll. untuk diletakkan di dalam tong yang disediakan khas sempena kempen kitar semula. Program yang dikendalikan oleh Biro Ekonomi PIBG ini berjalan sepanjang bulan Ramadhan dan bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula selain mengumpul dana PIBG. Sebarang keterangan lanjut, hubungi Cikgu Aisyah. Jom!

CERAMAH "KITAR SEMULA"


"Kulit pisang memakan masa tiga bulan untuk reput berbanding botol plastik yang tiada jangka hayat", demikian ujar Encik Abdul Razak, pegawai daripada Alam Flora Sdn. Bhd dalam ceramah Kitar Semula yang diadakan pada 5 september lepas. Kenyataan beliau membuka mata ramai audien yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 dan 2 dan juga guru-guru yang memenuhi Dataran Ilmu SMA MAIWP.
Ceramah yang bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dianjurkan oleh PIBG dengan kerjasama Pentadbiran SMA.
.
Gambar: Encik Razak sedang menyampaikan ceramah.

KRITERIA PEMILIHAN KELAS TERBERSIH

Kriteria bagi memilih kelas terbersih adalah seperti berikut:
  1. papan tulis
  2. papan notis
  3. dinding
  4. susunan kerusi dan meja
  5. tong sampah
  6. kreativiti
  7. jadual bertugas
  8. carta organisasi
  9. jadual waktu
  10. kehadiran

KELAS TERBERSIH

Kelas 2 Firdaus muncul menjadi juara untuk kesekian kalinya apabila dinobatkan sebagai kelas terbersih bagi bulan Ogos. Hadiah dan piala pusingan disampaikan oleh GPK 1 dalam program Perhimpunan Mingguan pada 2 sept. baru-baru ini.

PERTANDINGAN BUMIKU HIJAU

Kelas 2 Firdaus berjaya muncul sebagai juara pertandingan Bumiku Hijau sempena Minggu Sejarah dan Geografi menewaskan 9 kelas yang lain.

MINGGU SEJARAH DAN GEOGRAFI



Objektif Minggu Sejarah dan Geografi:


  1. Menanamkan sifat patriotisme di kalangan para pelajar dan guru.


  2. Memberi pendedahan dan menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang sejarah dan geografi.


  3. Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar.


  4. Dapat melatih pelajar agar bekerjasama di kalangan mereka dalam aktiviti yang membabitkan kelas.

gambar atas: salah satu persembahan pelajar.

Wednesday, September 3, 2008

Sambutan Kemerdekaan


Kegembiraan menyambut perayaan kemerdekaan negara kali ke 51 jelas terpampang di wajah-wajah warga SMA MAIWP. Program yang dikelolakan oleh Cikgu Zuriani selaku pengarah program mendapat sambutan hangat dengan acara kemuncak iaitu laungan "merdeka" sebanyak tiga kali, yang mana diketuai oleh Tuan Pengetua, Haji Shahidin bin Tinik.
Di samping itu program ini turut diserikan dengan pertandingan menulis esei sempena hari kemerdekaan, persembahan teater sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pertandingan melukis peta Malaysia.
Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat patriotik terhadap negara.
Gambar: Tuan Pengetua melakukan gimik perasmian Minggu Sejarah dan Geografi.

Taklimat Imam & Bilal Muda

Satu taklimat kepada bakal imam dan bilal di kalangan pelajar SMA diadakan pada 3 sept baru-baru ini. Taklimat ini sempena kedatangan bulan Ramadhan al mubarak yang mana sebahagian mereka ditugaskan untuk menjadi imam dan bila di surau asrama. Hampir 40 pelajar hadir dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz WM Ubaidillah.

Tuesday, September 2, 2008