Friday, May 29, 2009

UBK: Bagaimana Mengisi MASA cuti?

Oleh WM Ubaidillah Wan Abas,
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Beberapa hari lagi cuti persekolahan akan menjengah. Ramai yang gembira kerana setelah sekian lama bertungkus lumus dalam pelajaran akhirnya waktu rehat panjang kunjung tiba. Namun cuti yang bakal menjelang ini janganlah dihabiskan tanpa ada hasilnya. Apa yang telah anda rancang untuk lebih kurang 14 hari itu? Adakah anda sudah merancangnya? Kata orang, if you fail to plan, you plan to fail!. Sebaiknya perancangan anda itu ditulis. Pakar perancangan dan strategik menyatakan mereka yang menulis perancangan akan dapat menjayakan 80% perancangannya, sebaliknya orang yang tidak menulis plannya maka hanya 20% yang berjaya. Nah! Tuliskan sekarang, anda belum terlambat.

Jangan biarkan 14 hari cuti anda berlalu tanpa apa-apa outcome yang baik untuk diri anda. Antara perkara yang boleh anda timbangkan untuk pengisian tempoh tersebut ialah:

1. Membaca dan Menghafaz al-Quran - Menghafaz al-Quran sebenarnya melatih dan menguatkan daya ingatan/memori otak kita. Apatah lagi dengan banyaknya ayat dan surah yang anda belum dapat tasmik pada penggal yang lepas! Hafal untuk rekod peribadi dan juga untuk memenuhi muqarrar sekolah. Letakkan target berapa juzuk atau surah yang mesti dihabiskan. Buat jadual contohnya setiap selepas solat mesti baca atau hafaz dua helaian.

2. Ulangkaji pelajaran - Sudah tentu banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru yang perlu disiapkan. Di samping itu, bolehlah memuraja’ah, mengulangkaji dan menyemak balik apa yang pernah dipelajari. Selain itu, apa yang akan dipelajari untuk penggal yang akan datang juga perlu diperhatikan. Buat persiapan awal.

3. Ziarah - Adakan kunjungan terhadap sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, jiran dan sebagainya. Ini dapat mewujud dan mengeratkan silaturrahim. Semasa waktu persekolahan, anda sibuk dan tidak sempat mengeratkan hubungan. Nah sekarang masanya. Dengan menghubungkan silaturrahim anda akan mendapat rahmat, masuk syurga, kesan kepada dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (rujuk Hadith). Selaian itu, seseorang yang menziarahi orang sakit atau kawannya kerana Allah, maka malaikat akan mendoakan kepadanya tempat di syurga.

4. Siyahah - Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sama ada dalam dan luar negeri (bagi yang berkemampuan). Ada yang plan untuk umrah. Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengetahuan.

5. Muzakarah - adakan diskusi dengan sesiapa yang dianggap boleh kita menimba ilmu daripada mereka. Kita boleh jumpa pak-pak imam, tok-tok guru, rakan-rakan lama yang kita tahu kebolehannya. Namun elakkan dari berdebat dan bertegang leher!

6. Amal Ijtima’ie - Libatkan diri dengan kegiatan-kegiatan komuniti yang boleh membina sahsiah anda. Program-program seperti gotong royong membersihkan surau, masjid, taman perumahan, kenduri-kendara, sukan dan sebagainya wajar disertai. Dengan penyertaan ini anda dapat membina hubungan yang sihat dengan ahli masyarakata anda. Namun harus diingat anda membawa nama sekolah dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik pelajar sekolah agama.

7. Baramij Bannaie - Jika anda berkemampuan, sertai program-program pembinaan diri atau motivasi yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pilih program yang anda rasa perlu sahaja. Bincangan dengan ibubapa. Jangan bazirkan masa, tenaga dan fulus anda.

8. Ma’rad - Di sana sini terdapat pameran yang dianjurkan pelbagai pihak. Pilih yang sesuai dengan anda atau yang menambahkan pengetahuan dan membina motivasi diri. Contohnya pameran buku, pameran peluang-peluang pendidikan dan sebagainya. Anda boleh mencarinya di laman web atau di dada akhbar.

9. Ta’wwun Usrah - Bantu ahli keluarga di rumah - Ya! Yang ini sudah pasti perlu anda usahakan agar keberadaan anda di rumah tidak menyusahkan malah sebaliknya. Yang lelaki boleh membantu mencuci kenderaan, membersihkan tingkap, halaman rumah dan sebagainya. Yang perempuan mungkin boleh mengemas pakaian, menjahit, mengemas dapur dan memasak.

Selain itu, anda perlu mengelakkan diri daripada mensia-siakan waktu dengan hanya makan tidur sepanjang hari. Atau melepak di depan kaca tivi atau pc, atau merayau-rayau tanpa tujuan. Ingat sekali lagi bahawa anda wajib menjaga nama baik pelajar sekolah agama. Jaga adab!

** Guru Kaunseling anda, boleh dihubungi di alfakawi@gmail.com
** Tulisan ini dihasilkan untuk penerbitan risalah UBK, al-Irsyad setelah mendapat dorongan GPK2.

Hari akhir exam@persekolahan

Hari ni subjek tafsir hadith dan ... Harap pelajar dapat buat ending yang baik.

Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR

Pihak sekolah telah menghantar tiga orang guru untuk menyertai Bengkel Pemurnian Kurikulum SMAN/SMAR yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
-
** Gambar di atas sekadar hiasan. Kursus di Melaka pada tahun lepas.

Wednesday, May 27, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Sebahagian guru sekolah terpilih untuk menerima Anugerah dan Sijil Penghargaan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP yang diadakan pada 28 mei. Syabas dan tahniah!
-

Jamuan Hari Guru


PIBG dengan kerjasama pentadbiran sekolah menganjurkan Jamuan Hari Guru bertempat di sebuah restoran di Bandar Permaisuri pada sabtu lepas. Majlis yang dihadiri sebahagian besar AJK PIBG dan guru-guru berlangsung dengan penuh keceriaan.
-
lagi gambar di blog pibg.
syukran kpd en zulkarnain atas perkongsian foto.

Wednesday, May 20, 2009

PEPERIKSAAN MENJELANG LAGI!



Ujian dan peperiksaan adalah suatu adat lumrah kehidupan. Banyak masa dan ketika kita diuji. Ujian akan menjadikan kita lebih teruji. Ia sewajarnya menjadikan kita lebih baik. Melaluinya kita dapat mengetahui kedudukan dan prestasi kita. Jelas ia suatu yang tidak dapat dielakkan. Tinggal lagi, bagaimana persediaan dan persiapan kita untuk menghadapinya. Apa dan setakat mana usaha yang kita lakukan? Kejayaan kita adalah berdasarkan usaha dan ‘keletihan’ kita bak kata pepatah arab بقدر الكدّ تكتسب المعالي. Kita akan mendapat kepuasan sebenar dalam menikmati kejayaan apabila ia adalah hasil jerih payah dan titik peluh kita sendiri. Selamat berjuang!
.
** gambar di atas: Suasana di sebuah kelas.

Sunday, May 17, 2009

Guruku

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Guruku
Shoutul Amal.

Friday, May 15, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlangsung bermula 20 Mei (Rabu) sehingga 29 Mei (Jumaat).
Hadapilah dengan penuh kesungguhan!

Pemilihan Wakil Sekolah

Pihak Ko Kurikulum sekolah sedang memilih para pelajar untuk mewakili sekolah dalam acara bola sepak, badminton, bola tampar, ping pong, bola jaring dan lain-lain. Pemilihan ini sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan SMAKL.

Hari Guru

Hari Guru Peringkat JAWI akan disambut pada 19 mei ini di Masjid WP. Semua guru dijangka akan menghadiri majlis tersebut.
Selamat Hari Guru!

Spot Check

Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan operasi pemeriksaan terhadap para pelajar di semua kelas. Operasi bertujuan untuk memastikan para pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Perasmian Hari Esok Satu Penantian

Tekun mendengar ucapan Pengetua.

Pengetua memasukkan nombor kiraan.


Tuan Pengetua baru saja sebentar tadi melancarkan suatu program yang dinamakan Hari Esok Satu Penantian bertempat di Dataran Ilmu. Antara objektif prgram ini ialah untuk mengajak para pelajar supaya sentiasa bersiap sedia, tidak membiarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang usaha, merancang perjalanan masa dan melatih pelajar supaya mempunyai matlamat dalam kehidupan. Majlis dihadiri oleh semua pelajar dan guru.

CUTI

Pelajar diberikan kebenaran cuti selama 2 hari, iaitu pada 18 dan 19 mei ini.

Thursday, May 14, 2009

Pelancaran CountDown PMR

Dijangka akan dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari esok, 15 Mei.

Berita akan menyusul.

Program Sembelihan

Ini untuk cikgu...

Ke mana 'hilangnya' ketulan-ketulan ini?




Program Sembelihan yang diadakan pada 9 mei baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terutama kepada para "penyembelih". Sebanyak 70 ekor ayam berjaya dikorbankan dalam beberapa jam. Ia melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan ibubapa serta guru.
Program yang julung-julung kali diadakan itu mendapat tajaan sepenuhnya diripada PIBG.
.
* Lagi gambar di laman pibg

Friday, May 8, 2009

Pertandingan Kuiz SYAHADAH

Pertandingan Kuiz SYAHADAH berjaya dilangsungkan di Dataran Ilmu pada 7 april. Program yang diadakan pada sebelah petang itu menampilkan 12 pasukan yang terdiri dari pelbagai kelas. Soalan dibahagikan kepada ejaan kalimah arab, ilmu tafsir hadith tauhid feqah dan pengetahuan am. Johan pertandingan dimenangi oleh kumpulan Wan Syahmin. Tahniah!