Tuesday, June 17, 2008

Seminar Kecemerlangan Akademik

Penolong Kanan 1, Tuan Haji Tarmizi menyampaikan ucapan dan merasmikan pembukaan seminar.


Seminar Kecemerlangan Akademik berjaya diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan MSOBA. Menurut pengarah program, Ustaz Wan Ubaidillah, seminar yang berlangsung selama setengah hari itu bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keperluan mencapai kecemerlangan dalam akademik, mendedahkan kepada para pelajar tentang kaedah dan cara-cara yang betul untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk budaya cemerlang dalam kehidupan. Dua orang penceramah undangan dijemput menyampaikan ceramah masing-masing iaitu Tuan Haji Hasnil yang membentangkan tajuk Kenapa Perlu Cemerlang Dalam Pelajaran dan Ustaz Meftah Anuar yang membentangkan tajuk Teknik Belajar Yang Efektif.
Upacara perasmian pembukaan telah dilakukan oleh Penolong Kanan 1, Haji Tarmizi bin Abdullah manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Haji Mohd Shahidin bin Tinik.

No comments: