Wednesday, July 30, 2008

TAKZIAH

Pada petang 4 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan kunjungan/ziarah ke rumah adik Mohd Nazrul bin Nasaruddin (2 Ma'wa) di Taman Mulia, Sungai Besi bagi mengucapkan takziah di atas pemergian almarhumah ibunya ke rahmatullah.
Kunjungan yang disertai oleh para pelajar kelas 2 Ma'wa dan guru-guru diketuai oleh Tuan Pengetua, Haji Mohd Shahidin bin Tinik.
Semasa di rumahnya, anggota ziarah mengadakan tahlil ringkas dan menyampaikan sumbangan kewangan warga SMA MAIWP kepada bapanya, Encik Nasaruddin.Semoga almarhumah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah.Alfatihah.

CERAMAH ISRA' WAL MI'RAJ

Pada 29 julai, bertempat di Dewan MASOBA, pihak sekolah berjaya menganjurkan ceramah Isra' dan Mi'raj. Penceramah yang dijemput khas, Ust. Zulkarnain Abidin berjaya mengupas peristiwa tersebut dengan mantap ditambah dengan ABMnya yang hebat. Kebanyakan hadirin amat berpuas hati dengan ceramah tersebut.

CERAMAH KESELAMATAN JALANRAYA

Penceramah dari JKJR menunjukkan gaya seorang "pemangsa".
Berita akan menyusul kemudian. Sabar!

LIGA BOLASEPAK PELAJAR

Para pemain yang menjadi juara bergambar bersama Pengetua.
warming up.

Berdoa sebelum memulakan pertandingan.




PIBG DITUBUHKAN


Jawatankuasa Penaja Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) berjaya ditubuhkan dalam satu majlis baru-baru ini. Majlis yang diadakan bersempena dengan perjumpaan antara ibubapa dan MAIWP/JAWI berlangsung pada 14 Jun 2008 bertempat di Dewan Masjid Saidina Osman bin Affan (MSOBA). Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Hamzah Abdul Raffar diberi mandat untuk menjalankan tugas-tugas PIBG. Majlis penubuhannya dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau memberikan keyakinan kepada ibubapa khasnya terhadap kemajuan dan pembangunan SMA MAIWP. Beliau menyentuh tentang susurgalur dan sejarah penubuhan SMA MAIWP sehinggalah kepada perancangan pembangunan pada masa akan datang. Beliau juga menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh ibubapa yang aktif mengemukakan pertanyaan. Beliau juga melahirkan harapan agar perjumpaan seumpama itu dapat diadakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
Keterangan gambar: Seorang bapa mengemukakan pertanyaan.

SAMBUTAN HARI GURU


Hari Guru peringkat SMA MAIWP pada tahun ini disambut pada 26 jun 2008. Sambutan kali ini agak sederhana tetapi meriah. Pelbagai acara diadakan, antaranya Perutusan Hari Guru, persembahan-persembahan oleh wakil kelas, Badan Pengawas dan Pusat Sumber dan guru. Selain itu diadakan juga pertandingan sukaneka Terompah Gergasi, Musical Chair, Boling Padang, Mumia dan Win lost n draw. Beberapa anugerah juga diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru. Senarai anugerah dan penerimanya adalah seperti berikut:
1. Guru Paling Popular: Ustaz Ahmad Tarmizi.
2. Guru Paling Tegas : Ustz. Suriani Komeng.
3. Guru Paling Penyayang : Teacher Siti Rahayu Baharin.
4. Guru Paling Bergaya : Teacher Siti Rahayu Baharin.
5. Guru Paling Sporting : Cikgu Nurul Huda Abdullah.
6. Guru Paling Ceria : Ustaz Kashful Anuar Ahmad.
.
Keterangan gambar: Para guru menyampaikan persembahan.

CERAMAH KESIHATAN PELAJAR


Satu ceramah bertajuk Masalah Remaja telah diadakan pada 25 Jun bertempat di dewan sementara sekolah. Ceramai disampiakan oleh Encik Azmi bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh tentang maksud remaja, perubahan diri remaja, masalah-masalah remaja masa kini dan penyelesaiannya. Beliau juga menjawab pelbagai bentuk soalan yang dikemukakan oleh para pelajar.

JUN PALING SIBUK

Bulan jun tahun ini dianggap bulan paling sibuk apabila ia dipenuhi dengan pelbagai program. Dimulakan dengan Seminar Kecemerlangan Akademik pada 11 jun, ia disusuli dengan Majlis Perjumpaan Ibubapa dan MAIWP/JAWI, Minggu Sains dan Matematik, Sambutan Hari Guru, Ceramah Kesihatan, Hari Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar dan akan ditutup tirainya dengan Minggu Penghayatan Islam. Setiap program tersebut diisi dengan aktiviti dan acara yang padat dan berisi. Kesibukan ini tidak dikira lagi dengan persiapan laporan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.