Wednesday, July 30, 2008

PIBG DITUBUHKAN


Jawatankuasa Penaja Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) berjaya ditubuhkan dalam satu majlis baru-baru ini. Majlis yang diadakan bersempena dengan perjumpaan antara ibubapa dan MAIWP/JAWI berlangsung pada 14 Jun 2008 bertempat di Dewan Masjid Saidina Osman bin Affan (MSOBA). Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Hamzah Abdul Raffar diberi mandat untuk menjalankan tugas-tugas PIBG. Majlis penubuhannya dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau memberikan keyakinan kepada ibubapa khasnya terhadap kemajuan dan pembangunan SMA MAIWP. Beliau menyentuh tentang susurgalur dan sejarah penubuhan SMA MAIWP sehinggalah kepada perancangan pembangunan pada masa akan datang. Beliau juga menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh ibubapa yang aktif mengemukakan pertanyaan. Beliau juga melahirkan harapan agar perjumpaan seumpama itu dapat diadakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
Keterangan gambar: Seorang bapa mengemukakan pertanyaan.

No comments: